Tuesday, April 21, 2015

Lagi berita Ribut : Jempol Negeri Sembilan


Petikan dari Akhbar Kosmo :

21/04/2015 10:43pm

JEMPOL - Kira-kira 50 buah rumah dan dua buah sekolah di Ladang Geddes di sini rosak selepas dilanda ribut petang tadi.

Ketua Kampung Ladang Geddes D, Phuan Er Cheng berkata, kejadian selama sejam itu bermula pada pukul 4.30 petang diikuti dengan hujan lebat sebelum berakhir pada pukul 6.30 petang.

"Angin kencang menerbangkan sebahagian atap dan bumbung rumah penduduk namun tiada sebaramg kemalangan jiwa kerana penghuninya sempat menyelamatkan diri,'' katannya di sini malam ini.

Selain rumah, bumbung tempat letak kenderaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Geddes turut diterbangkan angin kencang.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm#ixzz3XziLg6mU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment