Saturday, May 16, 2015

Awan Ribut dikesan

Pagi ini jam 9.30 awan ribut. ( anvil cloud atau TCell) di kesan dlm 20 ke 30 km Barat daya dari kedudukan saya di Bestari Jaya....dan pada jam 12.35 pm hujan lebat turun.....

Friday, May 15, 2015

Amaran ribut petir di Selat Melaka

Bangun pagi tadi...dn keluar rumah jam 6:35 pagi terlihat awan  yang bercahaya di dalamnya....rupanya ribut petir awal pagi. Berikut adalah amaran ribut petir oleh Meteorologi Malaysia... di keluarkan pagi tadi....

Friday, May 8, 2015

Saturday, May 2, 2015

Amaran Ribut Petir Menyeluruh (lagi) Mei 2015

Lagi amaran ribut petir..oleh Jabatan Meteorologi Malaysia...untuk 2 Mei 2015....jam 3 lebih hujan lebat di sekitar Bangi....hujan berterusan lagi....

Saturday, April 25, 2015

Ribut di Kuala Perlis: Bumbung tercabut

Sinar Harian melaporkan :
Kuala Perlis 25 April 2015

Angin ribut menerbangkan bumbung rumah....
Berita penuh check Sinar...

Hujan petang Sabtu bermula dengan Angin Kencang

Lokasi: Bukit Badong  Bestari Kata Selangor.
Jam 4.45 petang Angin kencang (gust) sehingga lebih 25 knot... bertiup sebelum hujan...arah angin dari timur laut..... handfon macam nak diterbangkan angin saat merakam foto awan....

Awan Ribut

Pada jam 5.45  23 April gambar dirakam .Menunjukkkan awan macam supercell storm cloud.  Dalam 20 minit kemudian ribut melanda Bukit Badong....difahamkan  hujan lebat dah turun kat Sg. Buloh.....
Kalau nampak awam camni... siap ada petir2 memang bersedia lah.
Gambar kedua suasana ribut....yang datang dari arah timur..sebelah barat belum hujan dan boleh nampak cahaya matahari....

Friday, April 24, 2015

Amaran Cuaca oleh Meteorologi Malaysia

Amaran Angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia....
  Dan carta cuaca dari Meteorologi Thailand menunjukkan kawasan tekanan tinggi berada di utara dan rendah dekat dengan negara kita.
Jadi waspada lah...Ribut petir akan kerap terjadi....dn berteduh bawah pokok bukan tempat yg selamat...serta jauhkan diri dari struktur logam....dan cuba elakkan menggunakan telefon bimbit......

Keadaan Semasa Yang Menyumbang Pada Angin Kencang

Angin kencang beserta hujan banyak berlaku dalam bulan April ini kerana terdapat kawasan tekanan Udara tinggi menyebabkan angin bergerak ke kawasan bertekanan rendah .  Dgn rujukan peta cuaca. H adalah kawasan tekanan tinggi dan L adalah kawasan tekanan rendah dengan garis garis mewakili bacaan tekanan.

Sumber dari jabatan Meteorologi Thailand

Lagi Ribut di negeri Kedah

Laporan Media  Harian Metro 23 April 2015. Khamis.

Alor Setar: Lebih 20 rumah rosak, terutama pada bahagian bumbung dan dinding akibat diterbangkan ribut dalam kejadian di Kampung Gerigis, Mukim Tajar, di sini, kira-kira 4 petang tadi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45898?m=1#sthash.2sXY5scl.dpuf

Wednesday, April 22, 2015

Ribut Melanda 40 Rumah Rosak di Kepala Batas

Lagi Berita ribut melanda Utara tanah air pada 21 April waktu malam di Kepala Batas di petik dari laman Facebook Penang Kini :

Tuesday, April 21, 2015

Ribut. Di Sungei Petani Kedah

Sekarang musim angin kencang berikutan kawasan tekanan tinggi di China.
Laporan Media.. Sinar Harian, kejadian angin ribut yang meyebabkan kerosakan pada bumbung rumah penduduk ...bacaan lanjut...di Sinar

Lagi berita Ribut : Jempol Negeri Sembilan


Petikan dari Akhbar Kosmo :

21/04/2015 10:43pm

JEMPOL - Kira-kira 50 buah rumah dan dua buah sekolah di Ladang Geddes di sini rosak selepas dilanda ribut petang tadi.

Ketua Kampung Ladang Geddes D, Phuan Er Cheng berkata, kejadian selama sejam itu bermula pada pukul 4.30 petang diikuti dengan hujan lebat sebelum berakhir pada pukul 6.30 petang.

"Angin kencang menerbangkan sebahagian atap dan bumbung rumah penduduk namun tiada sebaramg kemalangan jiwa kerana penghuninya sempat menyelamatkan diri,'' katannya di sini malam ini.

Selain rumah, bumbung tempat letak kenderaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Geddes turut diterbangkan angin kencang.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm#ixzz3XziLg6mU 
Hakcipta terpelihara 

Monday, April 20, 2015

Amaran Cuaca oleh Meterologi Malaysia

Amaran Cuaca dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.... hampir dengan saranan agensi lain di rantau ini kecuali tiada hujan batu.......

Berita Ribut kuat di Media pada April 2015



Berikut beberapa kejadian ribut yang terdapat dalam media cetak yang sempat di kumpul
dari bilangan yang ada ternyata perubahan iklim semakin dirasai...

KULIM  20 APRIL -  LEBIH 100 RUMAH ROSAKAKIBAT ANGIN PUSAR DAN RIBUT

KANGAR 20 April - Sebanyak 36 buah rumah rosak termasuk enam daripadanya ditimpa pokok dan bumbungnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di enam buah kampung di daerah Guar Sanji di sini, semalam. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perlis/36-rumah-rosak-dipukul-ribut-1.82995#sthash.agIsIdYe.dpuf

BALING 14 April - Kira-kira 70 rumah menga­lami kerosakan akibat ribut yang melanda enam kampung di Kupang dan Bakai - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/70-rumah-dilanda-ribut-1.81088#sthash.xvQLbrNh.dpuf

POKOK SENA 14 April - Sebanyak 20 rumah di Mukim Tualang dan Mukim Tajar rosak apabila ribut yang melanda petang kelmarin menyebabkan beberapa bahagian bumbung rumah mangsa diterbangkan angin.


GUNUNG SEMANGGOL 14 April –  Kejadian Angin Pusar


SIMPANG RENGGAM 14 April  - Kira-kira 80 keluarga terlibat bencana ribut membabitkan enam kampung dan sembilan taman perumahan, di sini, petang kelmarin

TASEK GELUGOR  12 April- "Saya hanya sempat melaungkan Allahuakbar sebaik sahaja melihat kepingan bumbung rumah terkopak dibawa angin,” cerita salah seorang mangsa ribut di Merbau Kudung lewat petang kelmarin.


PASIR SALAK 12 April - Ribut yang berlaku di Sungai Manik dekat sini kelmarin bukan sahaja merosakkan 120 buah rumah, tetapi juga menjejaskan tanaman padi di sekitar kawasan tersebut. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/121-hektar-sawah-terjejas-akibat-ribut-1.80278#sthash.y8IaNiSg.dpuf


KULIM 11 April – Sebanyak 13 buah rumah penduduk di tiga buah kampung rosak teruk dalam kejadian ribut - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/13-rumah-rosak-dilanda-ribut-1.80050#sthash.DFgvW18F.dpuf

MARANG 11 April – Orang ramai yang terdiri  daripada peniaga dan pengunjung yang berada di tapak program Pekan Budaya Majlis Daerah Marang di pantai peranginan Kampung Kelulut lari bertempiaran apabila angin ribut tiba-tiba melanda malam kelmarin. http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/ribut-orang-ramai-lari-bertempiaran-1.378520


TELUK INTAN 10 April - Sebanyak 120 buah rumah di lapan kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Sungai Manik rosak dilanda pusaran angin - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/120-rumah-rosak-8232-dilanda-pusaran-angin-
1.79795#sthash.3wNiHL47.dpuf


KOTA TINGGI 7 April – Sebanyak 59 buah rumah di empat penempatan mengalami pelbagai kerosakan terutama di bahagian bumbung akibat ribut yang melanda daerah ini semalam. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/59-rumah-rosak-dilanda-ribut-1.78560#sthash.GLkGnqVY.dpuf


Ribut Kencang di Padang Terap: 30 Rumah Rosak



Bulan April ni adalah bulan ribut melanda negara kita artikel di bawah ni utk kejadian terbaru.

Map of Padang Terap, Kedah, Malaysia

Kejadian ribut kencang dilaporkan media ,Utusan Malaysia, berlaku pada sekitar jam 5.30 petang pada 20 April 2015 melibatkan 30 rumah rosak di beberapa kampung di Padang Terap Kedah, mujur tak da angin puting beliung.


 gambar oleh utusan


 untuk detail check link


http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/ribut-penduduk-saksi-kejadian-cemas-1.83144

Kejadian hujan ribut di Bukit Badong , Bestari Jaya Selangor

Pada 19 April 2015 hari Ahad sekitar jam 6 petang, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang menyebabkan laluan masuk ke kompleks rawatan air Sungai Selangor Bestari Jaya, terhalang akibat pokok yang tumbang.
Lebih banyak kejadian  dahan patah dan pokok tumbang berlaku disekitar rumah kakitangan dan tempat kerja.




ribut berdurasi sekitar 40 minit..

Angin Kencang di Kuala Selangor: Bumbung Asrama Maahad TarbiyahAl Ansar tercabut

Kejadian angin kencang ketika hujan lebat yang berlaku di  Maahad Tarbiyah Al Ansar  Kuala Selangor pada  sekitar jam 5.45 petang Jumaat 17 April 2015, dilaporkan oleh Sinar Harian pada 20 April 2015.

100 pelajar hilang tempat tinggal



http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/100-pelajar-hilang-tempat-tinggal-1.381660

Lagi Kejadian Ribut dan Angin Pusar di Malaysia : Taman Chembong Permata Rembau Negeri Sembilan


Kejadian angin ribut lebih spesifik angin pusar dilaporkan dalam media cetak berlaku, di Taman Chembong Permata,di Rembau jam 5 petang 19 April 2015, 10 rumah mengalami kerosakan termasuk pada atap rumah. Saksi ada menyatakan angin putih berpusing.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/angin-putih-berpusing-luar-rumah-1.381629